Saturday, March 13, 2010

Aku Adalah Kunang-Kunang


aku adalah kunang-kunang
dalam gelap aku terbang, dalam gelap aku terang
dan jadikanlah dirimu sebagai senja
kerana gelap kau ada
kerana gelap kau indah

aku hanyalah kunang-kunang
dan kau hanyalah senja
dalam gelap kita berbagi
dalam gelap kita abadi

aku hanyalah kunang-kunang
janganlah kau berubah menjadi siang
kerana kita tidak dapat bersama
tapi aku harus sedar
malam tidak akan selamanya ada
siang pasti kan muncul juga

No comments:

Post a Comment